Tuesday, February 17, 2009

FA CUP Round 4 Highlight | Arsenal 4-0 Cardiff City




Dah Lama Benar Aku Tak Update Blog ni... Sampai Password Pun Dah Lupa....

Sebenarnya Tak de apa Nak Di Update Jadi Aku Citer Pasal FA Cup Lah, Dulu...
Lebih Kurang 11 Bulan Eduardo Tak Diturunkan Berikutan Kecederaan Yang Dialami Beliau,
Namun Apa Yang Menarik Tentang Pemain Ini Ialah Kesungguhan Beliau Untuk Pulih Sepenuhnya Dari Kecederaan Serius Tahun Lepas (patah kaki)

First Time Diturunkan Selepas 11 bulan direhatkan pun boleh score 2 biji...

Ni Cerita Dari Segmen Sukan Berita Harian :

LONDON: Arsene Wenger mula percaya kepulangan Eduardo ke pangkuan skuad Arsenal akan membantu pasukannya menghidupkan semula cabaran mereka selepas kelab berkenaan menempuh musim yang terumbang-ambing ketika ini.

Selepas hampir setahun berehat, Eduardo kembali beraksi dengan dua jaringannya membantu menyuntik kemenangan 4-0 Arsenal pada ulangan pusingan keempat Piala FA ke atas Cardiff di Stadium Emirates, awal pagi semalam.

Penyerang Croatia itu tidak menunjukkan sebarang tanda aksi yang berkarat berikutan tempoh pemulihan lamanya akibat kecederaan kaki dan betis teruk yang dialami dalam pertembungan dengan pemain Birmingham, Martin Taylor, Februari tahun lalu.



Eduardo menampilkan persembahan hebat yang jarang disaksikan rakan sepasukannya sejak beberapa minggu, sungguhpun terpaksa dikeluarkan selepas 66 minit akibat masalah hamstring ringan.

Wenger yakin pemain berusia 25 tahun itu akan memainkan peranan penting dalam usaha Arsenal menamatkan saingan dalam empat tempat teratas Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara Eropah dan Piala FA.

“Saya gembira menyambut kepulangannya kerana ia memberikan kami lebih pilihan,” kata Wenger.
“Dia boleh bermain di sayap, di tengah, di belakang penyerang atau berseorangan. Ia baik untuk kami.

Eduardo menahan sebak selepas kepulangannya dan menghamburkan pujian kepada keluarganya selepas membantunya menghadapi tempoh pemulihan sukar.

“Ini hari terbaik dalam kehidupan saya kerana ia membuktikan saya boleh bermain lagi,” katanya.

“Ia saat istimewa buat saya untuk menjaringkan gol dan ia penuh emosi. Saya terpaksa menahan sebak. Saya meraikannya dengan mencium cincin perkahwinan kerana isteri saya, Andreja, anak perempuan, Lorena dan keluarga menyokong saya sepanjang tempoh ini.” - AFP






Arsenal 1-0 Cardiff City (Eduardo)







Arsenal 2-0 Cardiff City (Nicholas Bendtner)







Arsenal 3-0 Cardiff City (Eduardo)








Arsenal 4-0 Cardiff City (Robin Van Persie)